Kisah ni diceritakan pada aku masa zaman - zaman aku belajar dulu di universiti.
Ada seorang pakcik yang berjiran dengan kawan aku ni di sebuah taman perumahan. Pakcik ni tinggal berdua dengan anak perempuannya.
Dipendekkan cerita, setiap pagi dan setiap hari pakcik ni akan keluar seawal pagi yang mungkin dengan membawa sekuntum bunga ros yang dipetik di halaman rumahnya sendiri. Setiap hari dia begitu tanpa henti. Di rumahnya memang penuh dengan bunga -bunga ros yang di jaganya sendiri begitu rapi dan teliti. Ke mana dia pergi dengan membawa sekuntum bunga ros tu di pagi hari? Nak beri pada kekasih ke?Tak mungkin,sebab pakcik ni baik,pendiam tapi pemurah senyuman dengan jiran - jiran. Ke mana dia pergi agaknya?
Sebenarnya, dia pergi ke tanah perkuburan. Di situ, setiap hari dan setiap pagi dia akan letakkan sekuntum bunga ros itu tadi di atas pusara isterinya yang tercinta.
Bila dapat tahu itu aktivitinya setiap pagi, pasti kia tertanya - tanya untuk tahu lebih lanjut kisah hidup pakcik ni. Kisahnya, pakcik ni memang seorang suami yang terlalu mencintai isterinya. Isterinya meninggal dunia disebabkan penyakit buah pinggang nya yang sekian lama rosak dan tidak berfungsi. Masa hayat isterinya, setiap minggu pakcik ni akan membawa isterinya pergi membuat rawatan rapi Heamodialisis. Setiap hari pakcik ni hidup penuh kesabaran dan tabah melayan isteri dan menjaganya dengan baik.
Semenjak mereka berkahwin, isterinya yang menjaga semua bunga-bunga ros yang memenuhi halaman rumahnya itu yang masih cantik hingga sekarang. Setiap pagi itu juga lah pakcik ni sentiasa menghadiahkan isterinya sekuntum bunga ros dan isterinya sentiasa gembira. Kerana, pakcik ni tahu isterinya amat menyukai bunga ros. Walaupun isterinya tidak sihat selepas beberapa tahun di alam perkahwinan, pakcik ni tetap memberikan sekuntum bunga ros untuk isterinya. Dengan bunga ros itulah yang memberikan semangat kepada isterinya untuk kekal sihat dan menunjukkan bahawa kasih sayang dan cinta pakcik ni tetap tak berubah malah makin bertambah walaup apapun terjadi.
Oleh kerana itu, walapun isterinya sudah tiada lagi, pakcik ni tetap menjalankan rutin hariannya itu iaitu sekuntum bunga ros untuk isterinya walau hanya di pusara.
Pernah juga ditanyakan, tak nak ke pakcik tu berkahwin lagi? Jawab pakcik tu, hidup pakcik dipenuhi dengan kasih sayang isterinya sudah mencukupi untuk dia teruskan hidup. Tidak perlu dia mencari yang lain, kerana cinta nya tak kan bertukar ganti. Biarlah dia hidup bersama hadiah isterinya yang tak terhingga nilainya, iaitu anak perempuannya. Anak perempuan pakcik ni lah kawan kepada kawan aku. Kira kawan aku lah...hehehe...Sungguh - sungguh cinta pakcik ni pada isterinya kan?Masih wujudkah suami seperti ini?Renung-renungkan...selamat beramal...
[ Read More ]